Saturday 13 February 2016

Pengenalan

Pengenalan

Kursus EDUP3033 adalah kursus berkaitan dengan Murid dan Pembelajaran. Kursus ini wajib diambil oleh setiap pelajar di IPG sebelum dikurniakan Ijazah  Pendidikan Guru. Kursus ini  meliputi 45 jam bersamaan 3 kredit.

Kursus ini membincangkan konsep pengajaran dan pembelajaran. Disini pelajar didedahkan dengan pengertian pengajaran dan pembelajaran dan juga prinsip-prinsip pembelajaran, Seterusnya  pelajar akan didedahkan dengan topik proses pembelajaran. Aspek yang ditekankan dalam topik ini ialah kesediaan  belajar murid, persepsi dan penanggapan dan juga berkaitan dengan ingatan dan lupaan.Proses pembelajaran juga menekankan aspek pemindahan pembelajaran dan juga implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.


Bagi topik perbezaan individu dalam pembelajaran pula, pelajar didedahkan dengan aspek-aspek perbezaan individu dari segi fizikal, kognitif, sosio emosi, latar belakang murid dan murid berkeperluan khas. Tidak ketinggalan aspek kecerdasan juga dibincangkan sama.Kecerdasan yang dihuraikan di sini ialah kecerdasan Sternberg, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner dan Teori Kecerdasan  Goleman. Di sini juga dilihat perbezaan individu termasuk murid-murid berkeperluan khas.

Terdapat pelbagai perbezaan individu dab pembelajaran . Ini termasuk gaya pembelajaran Kognitif seperti Field dependendent dan Field  Independent serta Habits of Minds. Sementara itu  gaya pembelajaran Dunn and Dunn, Model Kolb serta Honey and Mumford. Implikasi perbezaan individu terhadap engajaran dan pembelajaran termasuk murid berkeperluan khas dibincangkan sama.


Bagi teori-teori pembelajran pula, pelbagai teori didedahkan bersama. Teori-teori tersebut termasuklah


Teori-teori pembelajaran




Teori Pembelajaran Behaviouris


  • - Pavlov
  • - Thorndike
  • - Skinner
Teori Pembelajaran Kognitif
  • - Kohier
  • - Piaget
  • - Gagne
  • - Bruner
  • - Ausubel

Implikasi Teori-teori Pembelajaran

Teori-teori pembelajaran
  • · Teori Pembelajaran Konstruktivis
  • - Piaget
  • - Vygotsky

Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk kanak- kanak berkeperluan pendidikan khas.


Teori-teori pembelajaran
·         
Teori Pembelajaran Sosial
       Albert Bandura


· Teori Pembelajaran Humanistik

- Carl Rogers

- Maslow

Implikasi Teori-Teori Pembelajaran

Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk kanak-kanak berkeperluan khas



Model-model pengajaran

·         Model Pemprosesan Maklumat
·         Model  Behavioural
·         Model  Sosial
·         Model Persona
Implikasi model-model pengajaran terhadap  pengajaran dan pembelajaran.               


Bagi topik  pendekatan, strategi pengajaran dan kaedah pengajaran pula pelbagai pendekatan juga dibincangkan. Diantaranya ialah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektik, pendekatan bersepadu dan juga pendekatan tematik.


Strategi yang disarankan pula  ialah seperti berikut


  • Strategi berpusatkan guru
  • Strategi berpusatkan murid
  • Strategi berpusatkan bahan
  • Strategi berpusatkan  tugasan
Bagi kaedah pengajaran pula, beberapa kaedah dicadangkan. Di antaranya ialah

  • Sumbangsaran
  • Perbincangan
  • Belajar sambil bermain
  • Demonstrasi
  • Simulasi
  • Main peranan
  • Penyelesaian  masalah

Pedogagi Masa Kini juga  diperincikan dalam tajuk ini Ini termasuklah kemahiran belajar dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi serta kemahiran kehidupan dan kerjaya dibincangkan bersama.


Apa yang penting ciri pedagogi masa kini juga ditekankan kepada pelajar. Di antar aciri pedagogi masa kini termasuklah
  • Komunikasi dan kolaborasi
  • Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Kemahiran berfikir aras tinggi
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran berasaskan projek
  • Kreativiti dan inovasi
  • Pembelajaran kontekstual

Kaedah dan teknik pengajaran masa kini
  • - Flipped Classroom
  • - Blended learning
  • - Project Based Learning
  • - Problem Based Learning
  • -Inquiry Based Education
Implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran

Motivasi  dan Pembelajara
  • Perspektif Behavioris
  • Perspektif Kognitivis
  • Perspektif Humanistik
Implikasi  motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran




Bahan Pembentangan 1

Bahan Pembentangan 1